Monday, January 28, 2013

Islam dan Perhambaan


Makalah | Barangkali penyelewengan di bidang ini merupakan satu penyelewengan yang paling jahat yang dimainkan oleh penganut penganut komunis untuk menggugatkan keimanan angkatan muda terhadap Islam. Kata mereka, seandainya Islam itu benar benar sesuai dengan setiap zaman seperti yang didakwakan oleh para penda’wahnya tentulah Islam tidak menghalalkan perhambaan, kerana penghalalannya itu merupakan satu bukti yang nyata bahwa Islam hanya satu agama yang sesuai untuk satu jangka zaman yang tertentu saja. Islam telah pun selesai menjalankan tugasnya. Oleh itu Islam hanya merupakan agama yang patut tinggal dalam kenangan sejarah saja.
 
makalah, contoh makalah, makalah tentang pendidikan

 *** Makalah ***

Pemuda-pemuda Islam sendiri telah mengalami beberapa kesangsian di dalam perkara
ini. Bagaimana Islam sebagai agama yang datang dari Allah dan tidak diragui kebenarannya itu tergamak menghalalkan perhambaan? BĂ gaimana Islam yang datang untuk membawa kebajikan kepada seluruh umat manusia di seluruh zamannya tergamak menghalalkan perhambaan? Bagaimana Islam yang mengemukakan konsep samarata yang sempurna dan memulangkan seluruh asal manusia itu kepada satu nenek tergamak menjadikan perhambaan sebahagian dan sistem undang undang dan peraturan hidupnya?

Adakah Allah mahu membahagikan manusia selama-lamanya kepada golongan hamba
dan golongan tuanmas-tuanmas? Begitu kah kehendak Allah di bumi ini? Adakah Allah yang pernah mengatakan bahwa “Ia telah memuliakan kejadian manusia, “(Surah al-Isra’ (70)) rela agar satu kumpulan manusia itu dijadikan bahan-bahan jual beli seperti yang dialami oleh hamba abdi? Seandainya Allah tidak merelakan hal ini mengapa ia tidak menerangkan di dalam kitab suciNya dengan tegas bahwa perhambaan itu suatu amalan yang diharamkan sebagaimana Ia telah memberi keterangan yang jelas mengharamkan minum arak, berjudi, makan nba dan sebagainya dan perbuatan-perbuatan yang dikeji Islam.
Pemuda-pemuda Islam itu memang yakin bahwa Islam adalah satu agama yang benar,
tetapi sikap mereka dalam persoalan ini samalah dengan sikap Nabi Ibrahim ketika ditanya Allah, “Apakah tidak engkau percaya?” Jawab Ibrahim, “Hamba memang percaya tetapi permintaan hamba itu ialah untuk mendapat keyakinan yang menenteramkan hati hamba saja.”( Surah aI-Baqarah (260)).

Tetapi pemuda-pemuda yang telah dirusakkan fikiran dan kepercayaannya oleh kaum
penjajah, mereka tidak lagi berfikir panjang menyelami hakikat persoalan ini, malah terus
mengambil kesimpulan tanpa menyiasat lebih mendalam bahwa Islam adalah satu sistem
hidup yang lapuk yang telah kehabisan tujuan tujuannya.

Kaum komunis merupakan pendakwa-pendakwa yang mendokong satu faham ilmiah
yang falsu yang diterima dan pemimpin-pemimpin mereka, satu faham yang menjadi
kebanggaan mereka dan satu faham yang mereka anggap sebagai satu hakikat yang abadi yang tidak dapat diragui dan disangkalkan lagi, yaitu faham “Dailektik kebendaan”. Faham ini telah membahagikan kehidupan manusia kepada peringkat-peringkat perkembangan ekonomi yang tertentu iaitu peringkat komunisme yang pertama, peringkat perhambaan, peringkat feudal, peringkat kapitalis dan peringkat komunisma yang kedua (peringkat kesudahan alam).
Menurut faham ini seluruh kepercayaan, peraturan-peraturan dan fikiran yang diketahui oleh manusia merupakan pencerminan dan satu bentuk penghidupan ekonomi atau merupakan satu tahap perkembangan ekonomi, yang wujud di zaman itu.

Sedangkan kepercayaan. peratunan-peraturan dan fikiran-fikiran itu pula memang secocok dengan masa itu, tetapi tidak secocok lagi dengan peringkat perkembangan ekonomi selepas itu yang tegak di atas satu asas ekonomi yang baru. Berdasarkan hakikat ini di sana tidak ada satu sistem pun yang dapat dikatakan sesuai untuk semua zaman dan generasi. Seandainya Islam lahir ketika dunia sedang berada di penghabisan peringkat perhambaan dan di permulaan peringkat feudal, maka undang-undang, kepercayaan dan peraturan-peraturan hidup yang dibawa oleh Islam itu adalah sesual untuk peringkat zaman itu saja.

Oleh kerana itulah Islam mengakui system perhambaan dan mengharuskan sistem feuda Islam tidak mempunyai kemampuan untuk mendahului perkembangan ekonomi atau untuk mengadakan satu sistem baru yang belum matang persediaan-persediaan ekonominya, kerana menurut Karl Marx hal yang seperti itu mustahil berlaku.

Di ruangan ini kami ingin membincangkan persoalan perhambaan di dalam kontek hakikat sejarah, sosial dan saikoloji dan terpisah jauh dan segala debu-debu pengeliruan yang ditaburkan oleh kaum komunis. Seandainya kita mendapat hakikat yang objektif, maka kita tidak lagi perlu mendengar dakwaan-dakwaan kaum komunis yang menyeleweng dan para ahli ilmunya yang palsu.

Baca juga Makalah lainnya...

Ditulis Oleh : Unknown Hari: 5:57 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment